Tuesday 11 January 2011

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Pengajaran dan pembelajaran bahasa dianggap penting dalam proses melengkapkan keperluan murid menguasai bahasa. Bahasa yang begitu dinamik sifatnya memerlukan cara khusus untuk dikuasai. Dalam pendidikan, penguasaan bahasa dikaitkan dengan amalan yang dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam trend pengajaran dan pembelajaran bahasa kini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu bahasa tetapi juga dapat melengkapkannya dengan kemahiran mengajar bahasa dengan baik dan berkesan. Ini selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan.

Pengajaran bahasa adalah teras dalam proses menyampaikan ilmu dalam sistem pendidikan. Guru dan murid menggunakan bahasa bagi memahami isi kandungan pelajaran.
Bahasa sebagai medium penting perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh itu, asas penguasaan bahasa dimulakan dengan mempelajari kemahiran berbahasa yang dipelajari sejak di sekolah rendah dan dimantapkan melalui penggunaannya dalam kehidupan seharian.


No comments:

Post a Comment