Saturday 1 January 2011

Apakah bahasa ?

Terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud bahasa.

1) Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi (Finocchiaro, 1964).

2) Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh, 1972).

3) Menurut Kamus Linguistik (1997), bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi.

Daripada sudut linguistik,
bahasa ialah satu sistem bunyi-bunyi vokal dan konsonan dengan urutan bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya ataupun digunakan dalam komunikasi oleh sekumpulan manusia.
Berkomunikasi dengan menggunakan bunyi bahasa yang difahami adalah disarankan supaya hubungan antara manusia dapat dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment